Tuesday, September 27, 2011

 Petikan dari post blog unitrendahspsjpnt.blogspot.com


BESUT - Hari ini tiga krew dari Unit Sekolah Rendah,JPN Terengganu melakukan pemantauan dan penyeliaan pengurusan sekolah di daerah Besut setelah beberapa kali tertangguh untuk turun membantu sahabat Guru Besar terutama di sekolah yang Guru Besarnya baru dilantik. Saya dan Ketua Unit memilih SK Ayer Terjun dan SK Tengku Mahmud 11. SK Ayer Terjun dipilih untuk meninjau masalah pengurusan jika ada kerana Guru Besar baru ditempatkan pada Jun lepas. Sementera SK Tengku Mahmud 11 dipilih bagi menunaikan janji kepada Guru Besar setelah beberapa kali tertangguh dan untuk melihat persediaan sekolah menghadapi pencalonan SBT.

Persekitaran SK Ayer Terjun agak tidak kemas kerana beberapa blok bangunan tambahan sedang dalam pembinaan. Walau bagaimanapun program persekolahan dapat dilaksanakan dengan kebijaksanaan pasukan pengurusan dan guru-guru. Tahniah dan terima kasih kepada GPK1 yang banyak membantu pengurusan sekolah dan menggerakkan program pendidikan dengan bantuan rakan GPK dan para guru. Insyaalah bila semua bangunan siap dan keadaan telah stabil sekolah ini perlu memperkasakan dirinya dengan lebih hebat lagi.


Kami kemudian ke SK Tengku Mahmud 11. Melangkah masuk kami merasa satu kelainan dengan iklim serta suasana persekitaran yang redup,ceria dan aman serta seakan tidak terdengar hiruk-pikuk murid sekolah rendah yang sinonimnya agak "bising".Saya berkata kepada Tuan Haji Mohd  bin Abdul Wahab bahawa suasananya seakan SK Zainab 2,Sekolah SBT di Kota  Bharu Kelantan di mana setiap ruang tanah dihiasi dengan pokok bunga dan tempat sumber pendidikan. Kami merasa amat kagum dengan keupayaan bekas  penyelia kanan di PPD Besut ini memugar SK Tengku Mahmud 11 menjadi sekolah yang indah,ceria,tenang dan menyeronokkan.

Kekemasan,keceriaan dan suasana yang merangsangkan minda turut dicernakan di pejabat sekolah,bilik khas,kelas dan setiap sudut. Kami juga ditunjukkan persediaan sekolah menghadapi SBT seperti ruang galeri,bilik taklimat dan persembahan power point. Nampak mereka begitu teruja untuk meraih gelaran Sekolah Kluster mahupun Sekolah Berprestasi Tinggi. Saya percaya untuk mencapai ke tahap sekarang dengan pencapaian UPSR yang cemerlang,GPS yang tinggi,memenangi pelbagai anugerah peringkat daerah,negeri dan negara tentunya banyak buah fikiran,masa,tenanga,wang ringgit dicurahkan.Tidak kurang barangkali konflik dalam organisasi terjadi,stress atau tekanan-tekanan dihadapi.Namun kita percaya dengan kebijaksanaan dan kesedaran barangkali kita belajar erti sukarnya mencipta kejayaan,kita belajar payahnya menjadi pemimpin,kita belajar bersabar dan yang paling besar kita belajar menghargai dan menyayangi hasil yang kita usahakan bersama.

Kita percaya ramai yang di luar SK Tengku Mahmud 11 berazam untuk melakukan seperti SK Tengku Mahmud 11. Mahu menjadi hebat dan terbilang tetapi kadang-kadangnya cita-cita besar itu tenggelam kerana tidak yakin dengan diri sendiri akibat masalah-masalah kecil yang melingkari kemahuan,usaha dan kehendak.

Kita percaya jika SK Tengku Mahmud 11,istiqamah dengan niatnya,konsisten dengan usaha dan tindakannya kita percaya suatu waktu yang mungkin tidak lama sekolah ini,SK Tengku Mahmud 11 akan menjadi sekolah terbilang dan tersohor dalam semua  bidang. Jika SK Tengku Mahmud 11 mahukan Anugerah SBT perkara dan kreteria berikut WAJIB diatur dan disusun dengan betul kerana sebahagian besar telah ada di tangan mereka;

  1. Memastikan skor dalam setiap ruang SKPM yang diberi  sah , boleh dipercayai  dan dapat dibuktikan melalui verifikasi
  2. Personaliti unggul dan program pembangunannya
  3. Jalinan kebangsaan dan antarabangsa
  4. Jaringan kebangsaan dan antarabangsa
  5. Anugerah dan kejayaan dicapai
  6. Bukti penandaarasan - yang datang melawat dan yang SMKTM 11 lawati
Kami di Unit Sekolah Rendah berharap SK Tengku Mahmud 11 dapat dijadi "benchmarking" untuk sekolah dalam negeri ini dan seterusnya membina jalinan dan jaringan dengan mereka. Doa kami semoga SK Tengku Mahmud 11 menjadi Sekolah Terbilang. Tahniah dan terus maju jaya.



No comments:

Post a Comment