SKTM II sekali lagi mencipta sejarah menganjurkan Karnival Sekolahku Hebat 2011 pada 27-28 April 2011 yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Haji Yusof ADUN Kota Putera dan mendapat penyertaan yang mengalakkan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta. Utusan Malaysia dan FAMA merupakan rakan penganjur yang utama. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Karnival Sekolahku Hebat 2011 iaitu Tuan Ismail bin Tuan Soh dibantu oleh Unit Dokumentasi dan Penerbitan SKTM II serta semua warga SKTM II yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras bagi memastikan perjalanan program Karnival Sekolahku Hebat 2011 berjalan dengan lancar. Karnival Sekolahku Hebat 2011 ini juga telah dikunjungi oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu iaitu Encik Razali bin Daud. Kami warga SKTM II berharap karnival yang seperti ini dapat dianjurkan lagi pada tahun yang mendatang dan dijadikan program tahunan SKTM II.
No comments:
Post a Comment