petikan dari
http://teganukita.blogspot.com
Oleh: Mohammad Ishak
Pembinaan
sebuah Pusat Sains dan Kreativiti di negeri ini mampu memberi
kemudahan dalam pembangunan sains apabila kompleks yang sedang dibina
itu siap sepenuhnya pada akhir 2014.
Pengerusi Pusat Sains dan
Kreativiti Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pusat berharga RM43.8
juta yang terletak di kawasan seluas 25 hektar di Cendering,Kuala
Terengganu kini sudah 76 peratus kemajuan pembinaannya.
Katanya,
usaha pembinaan pusat itu dijangka dapat meningkatkan minat dikalangan
anak tempatan dalam bidang sains dan dapat melahirkan kalangan saintis
di kalangan remaja bermula dari pelajar sekolah.
Beliau
yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal
Pengguna negeri berkata, pusat sains baru itu mempunyai lima kompleks
iaitu bangunan induk yang menempatkan Kompleks Utama Pusat Sains dan
Kreativiti, Zon Dunia Maritim (Maritime World), Dunia Sains Tumbuhan
(Flora World), dunia angkasawan dan Kompleks Inkubator untuk kajian
sains .
“Kerja pembinaan yang menggunakan teknologi dan reka
bentuk Korea, serbuah nergara yang maju dalam bidang sains di rantau
ini,” katanya selepas merasmikan Karnival Sains dan Inovasi di Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmod 2, di Besut, dekat sini semalam.
Kerajaan
negeri,katanya, memandang serius terhadap kuota penyertaan pelajar
Terengganu dalam bidang sains masih di tahap rendah 20% .Beliau berharap
dengan pembinaan pusat baru ini penyertaan pelajar dalam bidang sains
di sekolah akan dapat diperbaiki.
Dr A Rahman meminta ibu bapa
supaya menanamkan semangat dan cintakan sains di kalangan
anak-anak.Sehubungan itu,katanya, kerajaan negeri mengeluarkan
peruntukkan RM1 juta setiap tahun untuk mengadakan aktiviti sains di
sekolah-sekolah negeri ini
“Apabila siap nanti, pusat sains lama
di Jalan Sultan Mohamad akan dijadikan sebagai balai pencerapan bagi
melihat objek langit dan anak bulan sepenuhnya,” katanya.
Tuesday, August 7, 2012
Wednesday, July 4, 2012
Tuesday, September 27, 2011
Petikan dari post blog unitrendahspsjpnt.blogspot.com
BESUT - Hari ini tiga krew dari Unit Sekolah Rendah,JPN Terengganu melakukan pemantauan dan penyeliaan pengurusan sekolah di daerah Besut setelah beberapa kali tertangguh untuk turun membantu sahabat Guru Besar terutama di sekolah yang Guru Besarnya baru dilantik. Saya dan Ketua Unit memilih SK Ayer Terjun dan SK Tengku Mahmud 11. SK Ayer Terjun dipilih untuk meninjau masalah pengurusan jika ada kerana Guru Besar baru ditempatkan pada Jun lepas. Sementera SK Tengku Mahmud 11 dipilih bagi menunaikan janji kepada Guru Besar setelah beberapa kali tertangguh dan untuk melihat persediaan sekolah menghadapi pencalonan SBT.
Persekitaran SK Ayer Terjun agak tidak kemas kerana beberapa blok bangunan tambahan sedang dalam pembinaan. Walau bagaimanapun program persekolahan dapat dilaksanakan dengan kebijaksanaan pasukan pengurusan dan guru-guru. Tahniah dan terima kasih kepada GPK1 yang banyak membantu pengurusan sekolah dan menggerakkan program pendidikan dengan bantuan rakan GPK dan para guru. Insyaalah bila semua bangunan siap dan keadaan telah stabil sekolah ini perlu memperkasakan dirinya dengan lebih hebat lagi.

Thursday, August 25, 2011
Sunday, August 21, 2011
MERDEKA RAYA, MERDEKA RAYA, MERDEKA RAYA
GERIMIS PAGI MEMBASAHI BUMI,
BERTUNAS BENIH MENJADI POHON,
HARI MULIA KEMBALI BERSEMI,
SALAH DAN SILAP HARAP DIPOHON.
Subscribe to:
Posts (Atom)